Kumpulan Sepahtu memberitahu mereka tidak pernah memberi laluan dan peluang kepada kumpulan-kumpulan lain untuk merangkul gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) dengan mudah.
Ahlinya, Shuib berkata, mereka tetap memberikan persembahan sehabis baik bagi memberi cabaran kepada pertandingan tersebut.
"Kami buat persembahan sehabis baik dan tidak pernah ada niat buat sambil lewa dan beri laluan kepada kumpulan lain untuk menang.
"Kemenangan Zero bukan kerana bantuan kami tetapi mereka sememangnya layak untuk mendapat gelaran tersebut," ujarnya.
Shuib berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan mereka dilihat sengaja memberi laluan mudah kepada kumpulan Zero untuk memenangi pertandingan tersebut.
Sepahtu dianggotai oleh Shuip dan Jep menduduki tempat kedua dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM250,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Jelasnya, persembahan kedua yang dikatakan kurang memberangsangkan itu juga disebabkan kekurangan idea yang baik untuk menarik perhatian juri dan penonton.
"Walau pun kami memang mahu Zero menang tetapi tidak bermakna kami tidak bertarung dalam pertandingan itu.
"Seperti setiap minggu juga kadang kala ada idea dan kadang-kadang tidak. Saya akui ada beberapa minggu yang kami langsung tiada idea untuk dipersembahkan.
"Ada juga rasa sudah putus asa untuk meneruskan pertandingan ini, namun bila fikir balik perasaan penyokong kami yang tidak pernah penat membuatkan kami bersemangat," ujarnya.
Sementara itu, ditanya tentang pelawak Ilya Buang yang menarik diri pada pertengahan pertandingan berlangsung, Shuib berkata, ia adalah masalah kesihatan yang teruk.
Katanya, mereka sendiri tidak sampai hati untuk melihat pelawak itu bertarung dengan penyakitnya ketika persembahan berlangsung.
"Dia ada kencing manis yang agak teruk dan ketika itu juga ada bisul sehingga membuatkan dia lemah. Kami tidak sampai hati melihat dia terlalu banyak bergerak dan memburukkan lagi kesihatannya.
"Ada satu minggu itu, dia berlari untuk menyuntik insulin selepas persembahan berakhir. Ia memang membimbangkan kami," katanya
Hosted on: kamithemedia.blogspot.com

0 Response to "SEPAHTU Nafi Sengaja Bagi Laluan Mudah Kepada ZERO"
Post a Comment