Elyana Dipaksa Suami..!!
?
Penyanyi dan juga pelakon Elyana menyatakan bahawa suaminya selalu memaksa agar dia kembali aktif dalam bidang seni selepas hampir empat tahun mengurangkan aktiviti seni.
Elyana berkata suaminya, Khairul Anuar bimbang jika dia bosan menjadi suri rumah sepenuh masa dan hanya duduk di rumah.
Elyana akhirnya setuju kembali berlakon dan menyanyi setelah anaknya, Cinta Sumaiyah yang berusia 4 tahun semakin membesar dan mula belajar pra sekolah.
Kini Elyana kembali aktif berlakon dan bakal muncul dalam satu rancangan drama bersiri Keluarga Karaoke.
Ini komen Elyana: (mStar)
"Selepas berkahwin dan hamil keputusan untuk memperlahankan kerjaya datang dari diri sendiri kerana ingin melihat anak membesar depan mata sendiri.
"Kini anak kami sudah pun berusia empat tahun dan dia banyak memberi galakkan supaya saya kembali aktif kerana mahu saya bersemangat dan meneruskan minat dalam bidang seni,"
Keluarga Karaoke menampilkan sebanyak 60 episod. Drama menarik ini dibintangi oleh Elyana, Raja Ema, Sherry Ibrahim, Elfaeza Ul-Haq, Zarina Zainuddin, Beego dan Dazrin Kamarudin.
Ia bakal disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Rabu pada pukul 10 malam bermula 9 Februari depan di saluran Mustika HD (134). Jangan lupa saksikan.
0 Response to "Elyana Dipaksa Suami..!!"
Post a Comment