(6 GAMBAR) Kisah Malang 5 Anak Genius Malaysia,Kemanakah Menghilangnya Mereka?
Semasa kecil, emak beberapa kali mengingatkan saya tentang seorang kanak-kanak genius yang sudah mampu membaca surat khabar di usia tiga tahun. Mohd. Shukri Hadafi, nama diberi.
Ketika itu negara dihadiahkan dengan seorang kanak-kanak genius yang sudah mampu membaca surat khabar di usia tiga tahun, bernama Mohd. Shukri Hadafi.
Kanak-kanak genius ini kemudiannya diambil berlakon oleh Jins Shamsuddin di dalam filemnya Menanti Hari Esok (1976/7) .
Prof. Diraja Ungku Aziz telah mengambil kanak-kanak genius itu sebagai anak angkat bagi membolehkannya mendapat perhatian dan pendidikan yang lebih rapi.
Bagaimanapun, beliau juga akhirnya melalui detik-detik hitam sepanjang menempuh alam remaja dan dewasa, tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita pada akhir 90′an bahawa beliau bekerja sebagai penebar roti canai!
Ada cerita yang memberitahu beliau menjual kelapa di Padang Terap, malah yang tidak enaknya ialah kisah beliau menjadi penagih dadah.
Anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz ini terbuang dari kelebihan yang pernah menjadikannya begitu terkenal di seluruh negara. Di mana silapnya?
CHIANG TI MING
Tak banyak kisah mengenai Chiang Ti Ming yang menjadi pelajar termuda di California Institute of Technology (CalTech). Chiang, ketika berumur 15 tahun pada masa itu, bukan sahaja pelajar termuda California Institute of Technology (CalTech). tetapi juga di kalangan “Top 5″ keputusan terbaik.
Antara kejayaannya, beliau menjadi pelajar termuda yang pernah menerima Anugerah “Undergraduate Students Merit Award” selama dua tahun berturut-turut di CalTech.
Kerana kepandaiannya yang luar biasa beliau kemudiannya melanjutkan dan berkelulusan doktor falsafah dalam fizik zarah di Cornell Universiti di New York.
Pada tahun 2002 dia telah dimasukkan ke HKL selepas dikatakan mengalami gejala-gejala kemurungan dan tekanan perasaan yang amat teruk.
Dia kemudiannya meninggal pada 6 Januari 2007 di Seremban,
Bertuahnya Chan Yao-ban
Bertuahnya Chan Yao-ban, seorang lagi anak kecil istimewa kelahiran Malaysia. Beliau yang kini menjadi pemegang PhD termuda dari Universiti Melbourne.
Di usia 21 tahun, Chan Yao-ban telah menjadi salah seorang tenaga pengkaji penting di Universiti Melbourne, mengendalikan projek kajian metod statistik bagi mengenalpasti anomaliti protein di dalam otak untuk mendiagnos schizophrenia dan bipolar disorder.
Biar pun lahir di Malaysia, Chan Yao-ban telah dibesarkan di New Zealand. Beliau melalui proses home schooling oleh ibunya, seorang Mikrobiologist dan ayahnya, pengarah di sebuah syarikat industri makanan terkemuka, Heinz.
Chan Yao-ban akhirnya telah berjaya dan bakal memanfaatkan kelebihannya.Sejuk perut mak bapak dia.
KESIMPULAN
Justeru itu, kita terfikir apakah malang nasib anak yang genius?
Mengapa di sebalik kepintaran mereka yang kebanyakan kita fikir akan menjadi aset negara yang terbilang, berakhir dengan episod hitam?
Dalam kes Shukri, ada yang menyalahkan sistem pendidikan kita yang tidak cukup baik. Sistem pendidikan kita dikatakan tidak cukup menyokong pelajar pintar. Tetapi mengapa Sufiah juga menemui kegagalan. Adakah dia belajar di Malaysia?..
Dengan sistem pendidikan yang lebih moden dan tersusun, mengapa Sufiah turut terjerumus dengan pekerjaan keji.
Memang tidak dapat kita nafikan sistem pendidikan kita, masih perlu dipertingkatkan untuk menyediakan satu ruang pembelajaran yang lebih kondusif untuk pelajar istimewa yang dikurniakan kepintaran luar biasa.
ADY PUTRA ABDUL GHANI
Teringat kembali kisah pelajar genius Malaysia, kira-kira beberapa tahun lalu kita didedahkan tentang kemunculan seorang lagi pelajar genius Matematik yang berasal dari Bagan Serai, Perak.
Ady Putra Abdul Ghani yang kini berusia 9 tahun mendapat perhatian luar biasa kerana kebolehannya menyelesaikan soalan matematik peringkat universiti.
Bagaimanapun, dia kini(ketika itu) berdepan dengan dilema lantaran sistem pendidikan yang dikatakan kurang menyokong kemahirannya.
Soalnya, apakah Ady Putra mampu mengubah kisah malang yang dilalui oleh Sufiah dan Shukri?
Yang pasti, seluruh rakyat Malaysia tidak putus-putus mendoakan agar Adi Putra mencapai impiannya bergelar profesor matematik Islam Rakyat Malaysia mendoakan agar Ady Putra mencapai cita-citanya untuk menjadi pakar matematik Islam.
Bagaimanapun, jika kita renungkan kembali, kita perlu kembali kepada kekuatan pegangan agama.
Betapa sebenarnya tanpa kekuatan ilmu agama yang kukuh, pasti ramai tersimpang daripada jalan Allah. Ilmu dunia tanpa diperkuatkan dengan ilmu akhirat menyebabkan manusia mudah goyah iman dan pegangannya.
0 Response to "(6 GAMBAR) Kisah Malang 5 Anak Genius Malaysia,Kemanakah Menghilangnya Mereka?"
Post a Comment