PEMENTASAN drama muzikal ‘Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta’ buat kali ketiga di Istana Budaya nyata memberi peluang dan ruang buat pelakon-pelakon bukan Islam untuk mengenali keperibadian junjungan besar, Nabi Muhammad SAW.
Jegan atau nama sebenarnya Jeganathan Pithavadian menyifatkan naskhah teater ini sangat unik sehingga menyebabkan dia menghafal skrip wataknya sejak pementasan pertama pada tahun 2008 lagi.
Malah, Jegan turut menghafal kalimah syahadah bagi menjayakan watak Abu Sufyan yang dilakonkannya.
“Memang ramai yang tanya saya soal ini (hafal syahadah)...sensitif...bagaimana saya boleh bersyahadah dan sebagainya. Pada saya, ianya sangat mudah. Saya percaya tuhan itu satu. Mungkin ini peluang untuk saya mengucapkan terima kasih kepada hidup saya melalui cara Islam.
“Tentang syahadah itu, pada pementasan pertama (2008), saya hanya ‘miming’. Apabila masuk pementasan kedua (2009), saya cuba pertahankan bahawa saya Abu Suffian, jadi, apabila Abu Suffian masuk Islam, saya kena buat (mengucap). Kemudian Kak Ema minta kebenaran dari Jakim dan diluluskan.
“Sejak pementasan pertama lagi saya sudah hafal syahadah itu sebenarnya. Jiran saya lelaki Melayu dan saya selalu duduk dengan dia dan minta diajar mengucap,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui selesai pementasan.
Malah Jegan tidak menafikan keistimewaan naskhah teater Sirah Rasulullah ini menyebabkan dia masih menghafal skripnya sejak pementasan pada 2008.
“Saya hafal skrip Sirah Rasulullah ini sejak yang pementasan pertama lagi. Bila Kak Eirma nak beri skrip, saya kata tak apa sebab semua dalam kepala saya.
“Banyak teater, filem atau drama saya berlakon, saya akan lupa skrip selepas penggambaran tapi skrip yang ini saya tak boleh lupa. Ia sesuatu yang sangat istimewa,” katanya yang kini tampil dengan saiz yang berbeza selepas berjaya menurunkan berat badan sejak setahun lalu.
Berkongsi pengalaman pelik ketika di belakang pentas, Jegan berkata dia seolah-olah menjadi Abu Sufyan yang sebenar.
“Ketika saya keluar untuk bawa watak Nabih dan pemimpin Quraisy, saya tak rasa apa-apa tapi ketika saya bawa watak Abu Sufyan...ini serius...ketika saya sudah lengkap berpakaian sebagai Abu Suffian, saya berjalan di belakang pentas, saya rasa saya ini ‘besar’ dan sangat marah.
“Saya tak tahu kenapa. Ketika saya sedang bersedia untuk tampil, ada krew tanya saya tapi saya pandang dia dan saya terus jalan ke pentas. Kemudian, saya terfikir, kenapa saya buat begitu.
Sementara, pelakon Jesse Lim yang memegang watak Abhrahah, Najdi dan Washi akui dapat mengenali Rasulullah melalui pementasan teater ini.
“Terlalu banyak yang saya belajar daripada pementasan teater ini sejak yang pertama (2008) lagi.
“Sebelum ini, kehidupan Nabi saya memang tak tahu. Tentang kewafatan (Baginda), kisah cambuk itu dan bagaimana kasih sayang para sahabat kepada Nabi, saya tak tahu,” katanya.
Menurut Jesse selawat dan lagu-lagu di dalam pementasan itu juga enak didengar mesipun tidak memahami keseluruhannya.
Menyentuh soal babak yang memerlukannya mengucap kalimah syahadah beramai-ramai, Jesse akui tidak mampu menyebutnya dengan baik.
“Saya sebut kalimah syahadah itu untuk babak dengan Abu Sufyan tapi pelat. Saya tak dapat sebut dengan tepat.
“Apapun saya bersyukur kerana diberi peluang sekali lagi untuk bersama dalam pementasan kali ini,” katanya yang menyertai pementasan itu sejak 2008 lagi.
Selain Jegan dan Jesse, Kenji Sawahi turut terlibat dengan melakonkan watak Umaiyah Khalaf.

0 Response to "Pelakon bukan Islam belajar kisah Nabi"
Post a Comment