Kerajaan Kelantan beri amaran pameran gadis bersama ular.



GADIS Ular yang berasal dari Pulau Pinang, Rahiza Abdul Rahim, 28, atau lebih mesra dipanggil baby Andryanna bermain bersama ular sawa yang merupakan salah seekor daripada 60 ekor ular berbisa pelbagai jenis ketika tinggal bersama ular berkenaan dalam bilik kaca selama sebulan sempena pameran dan pertunjukkan ular di Muzium Negeri Kelantan. - Foto Syamsi Suhaimi
KOTA BHARU: Kerajaan negeri memberi amaran untuk menghentikan Pameran Gadis Bersama Ular di Muzium Negeri di sini, sekiranya wanita berkenaan gagal mematuhi peraturan menutup aurat.
Ini berikutan terdapat aduan yang diterima mendakwa wanita bersama ular di dalam biik kaca, gagal menutup aurat (bertudung) ketika mengadakan persembahan.
Sekiranya perkara ini terjadi, hasrat Rahiza Abdul Rahim, 28, untuk tinggal bersama 70 ekor ular berbisa selama sebulan di dalam bilik kaca di Muzium Negeri tidak akan kesampaian.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood, berkata sebarang pertunjukan membabitkan perempuan di khalayak ramai, perlu sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat untuk beragama Islam.

0 Response to "Kerajaan Kelantan beri amaran pameran gadis bersama ular."

Post a Comment