Lagi Pesawat Terhempas, 13 Orang Terjun Tasik Selamatkan Diri

Lagi Pesawat Terhempas, 13 Orang Terjun Tasik Selamatkan Diri

41

TRAGEDI melibatkan industri penerbangan dunia seakan belum berakhir apabila sebuah lagi pesawat dilaporkan terhempas di sebuah tasik di North Island, New Zealand sebentar tadi.
Bagaimanapun kesemua 13 orang yang terdiri daripada juruterbang, enam kru dan enam penumpang yang berada dalam pesawat itu berjaya menyelamatkan diri.
Memetik laporan Stuff.co.nz, pesawat ringgan berwarna merah jambu itu dalam perjalanan ke Tasik Taupo, 280 kilometer dari selatan Auckland, untuk menyertai sukan terjun udara.
Seorang saksi Bevan Johnhill berkata, dia ternampak sekumpulan orang terjun dari pesawat itu yang dipercayai mengalami masalah mekanikal, kira-kira jam 12.15 tengah hari (waktu tempatan).
“Saya nampak mereka terjun dari pesawat itu, sebelum ia tenggelam di tasik.
“Saya rasa juruterbang adalah orang terakhir yang keluar,” ujarnya.
Ketua Eksekutif Skydive Taupo yang mengendalikan pesawat itu, Roy Clements memaklumkan pesawat itu mengalami masalah enjin selepas ia berlepas kira-kira pukul 12 tengah hari.
taupoplane
Jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam New Zealand, Mike Richards menyifatkan kejadian ini sebagai amat menakjubkan, memandangkan tiada yang terkorban dan punca sebenar nahas masih disiasat.

Difahamkan lokasi pesawat terhempas adalah sebuah tasik cetek sedalam 3.5 meter berdekatan pesisir Teluk Rotongaio. -MYNEWSHUB.CC

0 Response to "Lagi Pesawat Terhempas, 13 Orang Terjun Tasik Selamatkan Diri"

Post a Comment