Meloyakan! Menu Ayam Goreng KFC Bertukar Jadi Tikus Goreng
JIJIK. Niat di hati hendak mengalas perut dengan hidangan rangup ayam goreng dari francais makanan segera popular, Kentucky Fried Chicken (KFC) tapi lain pula yang diperolehi.
Itu nasib malang yang menimpa seorang pelanggan di California, Amerika Syarikat iaitu Devorise Dixon pada 12 Jun lalu.
Sebaik menyedari kesilapan menggoreng tikus dan menjualnya kepada pelanggan, pihak pengurusan KFC cawangan tersebut segera memohon maaf kepada Dixon.
Pakar Bedah Gila, Tukar Lebih 1,000 Kepala Tikus
Namun, nasi sudah menjadi bubur. Individu tersebut dilaporkan akan meneruskan kes tersebut dengan mengupah peguam bagi menuntut ganti rugi.
Tulis Dixon di Facebook, “Datang semula ke KFC dan bercakap dengan pengurusnya. Dia mengakui bahawa ianya seekor tikus dan memohon maaf, tibalah masa untuk mengupah peguam!!!
“Berhati-hati, jangan makan makanan segera!!!”
Melalui dua keping gambar yang dikongsikannya, sememangnya jelas ia menampakkan bentuk seekor tikus yang telah digoreng, bermula dari bahagian kepala sehinggalah ke hujung ekornya.
Pelik juga bagaimana pelayan restoran tidak menyedari bentuknya yang ganjil sehingga terus sahaja memasukkannya ke dalam minyak untuk menggoreng, kan?
Apapun andai ia benar-benar berlaku, nampaknya pihak KFC akan menanggung kerugian kerana ada antara pelanggan mereka pastinya terkesan dengan kejadian ini dan tak ingin lagi ke sana dan menempah risiko menjamah tikus goreng! – MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
0 Response to "Meloyakan! Menu Ayam Goreng KFC Bertukar Jadi Tikus Goreng"
Post a Comment