Tak Patuh Etika Pakaian, Ibu Dilarang Untuk Melihat Anaknya Konvo





BAGI segelintir ibu bapa, menyaksikan kejayaan anak di majlis graduasi mungkin pengalaman sekali seumur hidup. Maka ianya satu perkara yang penting buat mereka.

Namun seorang ibu bernama Marjorie Abdullah, menempuh pengalaman buruk berkaitan perkara ini dan kesedihannya dikongsikan di laman sosial hingga mendapat perhatian ramai.



Marjorie yang datang ke Shah Alam dari Sarawak, menyatakan dia tidak dibenarkan memasuki dewan untuk menyaksikan Istiadat Konvokensyen anaknya kerana tidak mematuhi etika pakaian.


Pihak universiti tidak membenarkan Marjorie masuk kerana pakaiannya tidak mematuhi etika ditetapkan sekaligus memusnahkan harapannya untuk menjadi saksi hari penting anaknya itu.



Marjorie memberitahu dia tidak tahu etika pakaian seperti tertera dalam kad jemputan kerana berada di Sarawak namun alasan itu tidak diterima pihak universiti berkenaan.

Akibat Marjorie tidak dapat memasuki dewan tersebut, anaknya juga enggan menghadiri Istiadat Konvokesyen kerana tidak setuju dengan cara ibunya dilayan.

Walaubagaimanapun, Marjorie tetap kelihatan gembira ketika bergambar dengan anaknya di luar dewan kerana yang penting, anak perempuannya berjaya menamatkan pengajian.

Rata-rata netizen berpendapat, pakaian dikenakan Marjorie tidaklah ‘teruk’ dan pihak universiti sepatutnya masih ada budi bicara bagi menangani insiden tempoh hari apatah lagi si ibu datang dari jauh semata-mata untuk menghadiri majlis berkenaan.

- MYEWSHUB.CC

0 Response to "Tak Patuh Etika Pakaian, Ibu Dilarang Untuk Melihat Anaknya Konvo"

Post a Comment