Wawa zainal berhenti berlakon
Memikul tugas sebagai isteri dan ibu malah dalam masa yang sama turut menjalankan perniagaan secara online, mungkin membuatkan Wawa Zainal berfikir dua kali untuk meneruskan kariernya di dalam bidang lakonan.
BACA: Wawa Zainal Akui Masih Mentah Untuk Berkongsi Ilmu Agama
Wawa juga mengakui bahawa kini bidang lakonan bukan lagi menjadi keutamaannya walaupun suatu ketika dahulu namanya pernah menjadi perhatian.
Fokus saya kini lebih kepada rumah tangga, perniagaan baju secara atas talian dan akan datang saya akan keluarkan produk kecantikan sendiri
Bagaimanapun produk kecantikan masih lagi dalam proses perbincangan termasuk jenama. Namun perniagaan baju kini Alhamdulillah mendapat sambutan. Jadi saya rasa buat apa saya penat berlakon jika pendapatan berniaga menyamai pendapatan saya ketika berlakon sebulan, katanya.
Namun, bagi Wawa, dia bukanlah akan terus berhenti berlakon, cuma mungkin akan memperlahakan rentaknya di dalam bidang lakonan oleh kerana dia juga turut sibuk dengan tugas menjaga anak mereka, Ahmad Fakhruddin Attar.
Bagaimanapun dari segi watak, saya tidaklah selektif dalam memilih tawaran. Saya tidak letakkan sebarang syarat, malah jika diberi watak antagonis pun saya sedia menjayakannya.
Dari segi babak bersentuhan pula, saya rasa pengarah sekarang sudah arif sedia maklum saya sudah bertudung, jadi takkanlah mereka mahu saya menjayakan babak bersentuhan dengan bukan mahram pula,
katanya yang juga tidak meletakkan sebarang syarat buat Aeril berlakon bersama pelakon wanita lain.(rtky/syfq)
SUMBER
sinar harian
0 Response to "Wawa zainal berhenti berlakon"
Post a Comment