Telekung Lycra Tak Sah Solat


Ada seorang wanita pm saya, tanya tentang telekung kain lycra yang jadi trend zaman sekarang ni sah ke tak solat jika pakai telekung tu?

Saya pun tak dapat nak jawab sebab saya tak tahu macam mana keadaan telekung lycra tu. Jadi saya pun Google lah. Lepas tengok gambar, masyaAllah.. Terkejut saya.

Saya pun ada juga rujuk dengan rakan ustaz dan mereka bersetuju dengan pendapat saya yang lemah ini bahawa tak sah solat dan berdosa jika memakai telekung lycra itu sebab tidak menepati syarat menutup aurat menurut hukum syarak kerana ia bersifat mengikut bentuk badan.

Jika diamati betul-betul, syarat menutup aurat ialah menutup keseluruhan badan kecuali muka, tak nipis (kain tidak jarang), labuh dan tidak mengikut tubuh badan.

Sekali pun solat di rumah, solat seorang atau dengan mahram, dalam bilik, bilik berkunci akan tetapi kembali kepada hukum syarak iaitu syarat sah solat.



0 Response to "Telekung Lycra Tak Sah Solat"

Post a Comment