TERSENTAK sungguh SS dan rakan-rakan di pejabat, semalam apabila melihat gambar pelakon baru yang jelita, Nur Fathia Latiff yang dikirimkan melalui e-mel oleh seorang peminat hiburan di luar sana.
Melihat gambar ini tak tahulah bagaimana SS nak kategorikan gaya Fathia ini sama ada seksi atau ‘super seksi’!
SS difahamkan, ini bukan gambar peribadi atau koleksi Fathia, sebaliknya diambil ketika majlis kemuncak Anugerah Stail EH! 2012 yang berlangsung di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Kata ramai rakan SS yang turut ke majlis itu, memang pada hari berkenaan, Fathia dengan yakin dan bangganya berjalan masuk ke dalam ballroom dengan fesyen yang cukup seksi itu terutama di bahagian dada.
Malah boleh dikatakan di kalangan semua artis wanita popular yang hadir pada majlis itu termasuk Rozita Che Wan, Intan Ladyana, Fasha Sandha, Fazura, Scha Al Yahya dan ramai lagi, Fathia paling menonjol.
Tambahan pula warna fabrik jarang yang dipilih Fathia itu adalah daripada jenis warna kulit, maka tambah seksi lagilah jadinya baju yang dipakainya itu. Kemudian apabila dia asyik tunjuk maka faham-fahamlah sendiri!
Pada majlis berkenaan juga, Fathia naik ke pentas menjadi penyampai trofi. Dia juga tercalon sebagai selebriti wanita paling seksi namun tewas di tangan Rozita Che Wan.
SS memang terkejut melihat gaya Fathia kerana dia masih bertapak dalam bidang lakonan dan seharusnya lebih peka dan bijak menjaga penampilan diri. Ini tentu sangat berbeza dengan penampilannya dalam drama Stanza Cinta di mana dia mengenakan tudung. Tentu jawapan ‘standard’ Fathia... ia semua hanya watak dan lakonan.
SS rasa tidak salah kalau Fathia mahu jadi seksi tapi tengoklah juga tempat sebagai contoh, kalau hendak ke kolam renang atau majlis tertutup untuk ahli keluarga saja.
Hari ini bukan saja wartawan yang menjadi ‘paparazi’, sebaliknya peminat dunia hiburan juga sudah mampu mengambil gambar artis di merata majlis dan kemudian muat naik ke internet.
SS harap artis kita sudah faham dengan situasi itu. Namun bagi yang sengaja hendak bergaya seksi seperti Fathia, mereka tentu ada jawapan sendiri.
TERSENTAK DIBUATNYA !!! FATHIA LU MEMANG BERANI ... JARANG PELAKON SEBERANI MACAM NI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "PANAS!! GAMBAR TERDEDAH SEPARUH ASET FATHIA LATIFF DI ANUGERAH STAIL EH!"
Post a Comment