Baju Kotor, Filem Pendek Yang Memberi Inspirasi



232


Baju Kotor adalah sebuah filem pendek yang dikaryakan oleh pengarah muda dari Fakulti Filem dan Animasi Uitm, iaitu Amirikhwah Mirzuar dan penerbitannya Noor Lina Mohmad Subri terbitan Criss Cross Group 6.
Dibintangi Wan Nor Azlin, filem pendek ini mengisahkan bagaimana seorang pelajar dari keluarga yang serba daif  telah membantu memulangkan semula beg tangan yang dijumpainya.
Di permulaan video berkenaan, pelajar tersebut pulang ke rumah dengan baju sekolah yang sangat kotor.
Tidak sempat untuk menjelaskan mengapa bajunya begitu kotor, ibunya (Wan Nor Azlin) terus memarahi anaknya (abang) kerana baju tersebut akan digunakan oleh adiknya bagi sesi persekolahan petang.
Lalu si adik pun cepat-cepat memakai baju tersebut walaupun sudah kotor dan terus bergegas ke sekolah.
Namun, apabila dia(adik) tiba di sekolah, cikgunya pula berang  kerana lewat dan mengenakan baju yang sudah kotor ke sekolah.

Saksikan bagaimana, sifat jujur pelajar tersebut berjaya membuat ibunya menyesal kerana memarahinya pada mulanya.-MYNEWSHUB.CC

0 Response to "Baju Kotor, Filem Pendek Yang Memberi Inspirasi"

Post a Comment