Ayda Jebat Ditegur Kerana Semakin GEMUK?
Pelakon Ayda Jebat menyedari berat badannya meningkat dua kilogram ketika berlakon dalam telefilem drama Diva yang ditayangkan pada 7 Februari lalu di Astro Ria.
Ayda, 23, berkata, biarpun peningkatan tersebut tidak terlalu banyak, namun ia mengubah wajahnya dan kelihatan berbeza berbanding kemunculan dalam drama Rindu Awak 200% akhir tahun lalu.
"Berat badan saya 45 kilogram dan menyedari berat badan naik sedikit kerana ketika penggambaran drama itu selera makan saya lebih daripada biasa.
"Ia naik dalam dua kilogram sahaja tetapi malangnya ia lebih menonjol di bahagian muka menyebabkan saya nampak tembam. Ada yang menegur wajah saya sudah sama seperti pelakon Rosnah Mat Aris," ujarnya.
Ayda berkata demikian ketika diminta mengulas tentang keadaan fizikalnya yang dilihat semakin berisi dalam drama terbaharu berjudul Diva sehinga mengubah bentuk wajahnya.
Tambah Ayda, lebih memburukkan keadaan drama tersebut memerlukan dia untuk memakai rambut palsu yang tidak sesuai dengan bentuk mukanya yang agak bulat.
"Muka saya sudah bulat ditambah pula rambut palsu yang tidak sesuai memang lagi buruklah jadinya.
"Pengarah ada tegur perkara itu, namun itu sahaja pilihan yang ada, lagi pula watak yang saya bawa itu memang memerlukan saya menjadi hodoh," ujarnya.
Dalam pada itu, Ayda berkata, ada beberapa kenalannya yang menyarankan untuk dia melakukan pembedahan muka bagi membuang lemak dan menjadikan lebih cantik.
Namun, dia menolak cadangan itu berikutan usia yang terlalu muda dan selesa dengan wajah yang dimilikinya kini.
"Ada juga rakan-rakan yang menyuruh saya buat rawatan muka untuk bagi nampak lebih cantik tetapi saya menolak.
"Saya muda lagi untuk buat itu semua dan saya masih yakin dengan apa yang saya ada sekarang ini tanpa perlu membuat pembedahan atau rawatan," katanya.
Dalam pada itu, Ayda mengakui menerima teguran daripada pengarah Micheal Ang agar dia menguruskan badan sebelum mula penggambaran di bawah arahannya tidak lama lagi.
"Sekarang ini saya tidak diet atau buat apa-apa untuk kurus, tetapi mungkin nanti bulan depan sebelum mula penggambaran dengan Micheal Ang saya cuba berdiet.
"Sebab dia sudah beri amaran supaya tidak kelihatan seperti Rosnah Mat Aris ketika dalam skrin nanti," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Ayda bakal keluar dengan drama terbaharu berjudul Suami Sebelah Rumah terbitan JS pictures bermula pda 2 Mac depan di slot Airis, TV3.
Hosted on: kamithemedia.blogspot.com
0 Response to "Ayda Jebat Ditegur Kerana Semakin GEMUK?"
Post a Comment