seorang wanita umur pertengahan tahun bertindak membelasah seorang wanita warga Indonesia.



Video seorang wanita umur pertengahan tahun bertindak membelasah seorang wanita warga Indonesia menjadi viral di laman Facebook.

Difahamkan, 'minah Indon' berkenaan menjadi punca pada keretakan rumah tangga wanita itu. Namun, 'minah Indon' itu menafikan dakwaan tersebut.

Enggan mempercayai kata-kata orang yang menyebabkan rumah tangganya musnah itu, wanita terbabit terus menerus memaki hamun, marah dan sesekali menampar muka minah Indon terbabit apabila dia mempunyai peluang untuk berbuat demikian.

Suaminya cuba meleraikan isterinya dari terus membelasah wanita itu, namun gagal apabila isterinya lebih menguasai keadaan.

Orang ramai yang melihat kejadian itu turut terpaku seketika dan tidak mampu berbuat apa-apa selain dari membiarkan wanita itu membelasah orang ketiga yang menjadi punca keretakan rumah tangga si isteri berkenaan.

Si isteri yang marah mendakwa dia mempunyai banyak bukti yang membuktikan wanita itu bermain cinta dengan suaminya. Dia juga mendakwa wanita itu telah bersekedudukan dengan suaminya dan mahu mengheret wanita itu ke balai.

0 Response to "seorang wanita umur pertengahan tahun bertindak membelasah seorang wanita warga Indonesia."

Post a Comment