TANJONG KARANG – Hasrat seorang lelaki mahu pulang ke rumah selepas bertemu kawannya di ibu kota tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 70 Jalan Klang- Teluk Intan di Tali Air 3, Sungai Burong semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.43 pagi berkenaan, mangsa, Muhamad Nadzratul Naim Rahmat, 23, dipercayai dalam perjalanan dari arah Tanjong Karang menghala ke Sabak Bernam dengan memandu sebuah kereta Proton Wira Aeroback seorang diri.
Menurut sumber, mangsa yang bekerja di sebuah kedai tayar itu dikatakan kenderaannya telah hilang kawalan sebelum terbabas ke sebelah kiri bahu jalan.
“Kereta yang dipandu kemudiannya terperosok masuk ke dalam parit berhampiran…anggota bomba terpaksa mengeluarkan mangsa dari dalam kereta sebelum dikejarkan ke Hospital Tanjong Karang.
“Bagaimanapun, mangsa yang mengalami kecederaan itu dipercayai meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Tanjong Karang pada jam 10.23 pagi,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Muhd Taib Ahmad mengesahkan pihak telah menerima laporan terbabit dan kes masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Hasil bedah siasat juga mendapati, kematian mangsa adalah disebabkan asphyxia secondary to drowning dan jenazah sudahpun dituntut keluarga mangsa.
“Pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian kemalangan terbabit supaya dapat tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
“Mereka yang menyaksikan kejadian kemalangan terbabit boleh terus berjumpa pegawai trafik, Inspektor Azman Husin untuk maklumat lanjut,” katanya.

0 Response to "Perjalanan pulang bertukar tragedi"
Post a Comment