• OKU yang berkerusi roda diarah keluar dari sebuah pawagam selepas dikatakan alat bantuan pernafasannya terlalu bising sehingga mengganggu penonton yang lain. - Foto MirrorOKU yang berkerusi roda diarah keluar dari sebuah pawagam selepas dikatakan alat bantuan pernafasannya terlalu bising sehingga mengganggu penonton yang lain. - Foto Mirror
 1 / 1 
SURREY - ENGLAND. Seorang lelaki kelainan upaya (OKU) yang berkerusi roda diarah keluar dari sebuah pawagam selepas dikatakan alat bantuan pernafasannya terlalu bising sehingga mengganggu penonton yang lain.

Richard Bridger, 31, diarah keluar oleh kakitangan pawagam berkenaan selepas penonton membuat aduan alat itu sangat mengganggu.

Kakitangan Pawagam Odeon memberitahu Richard untuk keluar sewaktu tayangan filem Taken 3 selepas enam aduan diterima.

Bapanya, Steve, 57, berkata alat bantuan pernafasan tersebut hanya mengeluarkan bunyi yang perlahan malah bunyi itu sama seperti makan bertih jagung.

"Jika dia diusir kerana menggunakan telefon bimbit semasa menonton, saya masih boleh terima, tetapi diusir kerana ketidakupayaannya.

" Apa yang dia kehendakinya hanyalah keluar dan pergi menonton wayang. Apa yang terjadi adalah menjengkelkan, mereka tidak patut melayan dia seperti itu" katanya dipetik Mirror Online.

Walau bagaimanapun, pihak pawagam tersebut telah memohon maaf di atas layanan buruk yang diberikan kepada Richard dan akan memastikan perkara ini tidak akan berulang lagi.