"Pembedahan transplan Ammar perlu dijalankan cepat mungkin kerana sakit ini menyebabkan nyawanya ibarat bom jangka. Dia perlu dibedah dengan secepat mungkin dengan jumlah kos pembedahan adalah 250k."
Kata-kata yang keluar dari mulut, Puan Nazila kamaruddin, ibu kepada adik Ammar Danish, 14 bulan, yang menghidapi biliary atresia yang membuat hati admin rasa tersentak dan sebak mengenangkan adik Ammar. Subhanallah..Ujian yang besar diterima oleh Puan Nazila dan keluarga.
Untuk rujukan anda tentang penyakit Biliary Atresia klik http://goo.gl/zrcZo1
Bayangkan apa perasaan seorang ibu dalam keadaan begini kerana perkara ini bukan main-main kerana ia melibatkan nyawa anak kesayangan.
Wajah comel adik Ammar sebelum pembedahan Kasai
Adik Ammar Danish dilahirkan pada 8/11/13 sebagai seorang bayi comel normal dan sehingga berumur 3 minggu dia telah disahkan menghidapi penyakit biliary atresia dan telah pun menjalani pembedahan Kasai tetapi pembedahan itu tidak berjaya kerana kuning tidak turun.
Teknik KASAI atau pembedahan KASAI dapat dilakukan untuk membantu pengaliran cecair hempedu dari hati ke usus. Pembedahan ini dilakukan untuk 'bypass' saluran hempedu dengan menyambungkan sebahagian usus kecil kehati terus ke usus kecil. Pakar bedah mendapati kejayaan yang baik dengan tatacara KASAI bila dilakukan semasa bayi berumur 8 minggu pertama dari kelahiran. Jika pembedahan KASAI tidak berjaya maka pemindahan hati adalah satu-satunya cara untuk mengatasi masalah biliary atresia.
Kerana pembedahan Kasai tidak berjaya akhirnya adik Ammar disyorkan oleh doktor untuk melakukan pembedahan transplant hati dalam bahasa senang adalah pemindahan hati baru. Pembedahan transplan hati ini perlu dilakukan di India dan kos pembedahan tersebut adalah sebanyak RM250,000.
Pada 11 Ogos 2014 adik Ammar telah muntah darah dan kritikal selama 10 hari di Unit Rawatan Rapi Hospital Selayang kerana ade saluran darahnya pecah disebabkan tekanan kuat pada hatinya yang rosak.
Yang terbaru, pada 29 Disember 2014 sekali lagi adik telah mengalami muntah dan berak berdarah sehingga hari ini masih di wad Hospital Selayang dan tahap kesihatan ammar semakin merosot.
Keadaan adik Ammar sekarang di Hospital Salayang
Selepas ini pada 18 Februari 2015 adik Ammar dijadualkan melakukan pembedahan Scop dan Bending di Hospital Kuala Lumpur(HKL) bagi mengikat saluran darah yg pecah atau bengkak.
Menurut Puan Nazila beliau amat takut kehilangan anaknya ini dan berusaha sedaya upaya untuk memdapatkan dana yang cukup bagi membolehkan anaknya ini menjalani pembedahan secepat mungkin.
"Dulu semasa dia di ICU saya rasa takut sangat kehilangannya tapi dia kuat untuk terus bersama saya," katanya mengenangkan semasa adik Ammar dirawat sebelum ini.
Kami di Siakapkeli dan ibu adik Ammar Puan Nazila merayu kepada anda pembaca Siakapkeli yang setia bersama kami, bantulah adik Ammar dalam kutipan dana untuk membolehkan adik Ammar menjalani pembedahan transplan hati secepat mungkin kerana adik Ammar memang memerlukan bantuan anda. Kongsikan kisah adik ini, ketengahkan kepada pihak yang boleh membantunya.
Marilah sama-sama kita menyumbang walaupun sedikit untuk yang tidak mampu dan bagi yang mampu hulurkanlah bantuan anda seikhlas hati.
Untuk menyumbang dana anda boleh menyumbang ke
Nazila kamaruddin
564333614419( maybank)
Untuk pengetahuan anda dana yang diperolehi sekang baru 10 peratus dari jumlah keseluruhan kos pembedahan. War-warkan kisah ini. Setiap apa yang kita lakukan untuk menolong adik Ammar pasti ada ganjaran saham untuk akhirat nanti.-Siakapkeli.com.my
0 Response to "Kisah Adik Ammar Danish, Hidupnya Seperti "Bom Jangka""
Post a Comment