SUBANG JAYA - "Kerajaan mengucapkan terima kasih dan akan memberi pengiktirafan, kepada hero-hero yang tidak berdendangdalam membantu mangsa banjir".
Kata-kata itu dilontarkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim ketika mengulas mengenai bantuan secara sukarela orang awam dalam membantu mangsa banjir baru-baru ini.
Jelas Shahidan, ramai orang terlepas pandang terhadap sukarelawan ini sekali gus 'terlupa' untuk mengucapkan terima kasih terhadap mereka, walhal merekalah yang banyak membantu mangsa-mangsa banjir.
" Hero-hero yang tidak berdendang ini ialah seperti penyelamat, orang yang membawa bot, askar, orang kampung, serta semua yang terlibat dalam urusan membantu mangsa banjir, aktivis masyarakat, serta NGO.
" Itulah manusia yang kita lupa nak ucap terima kasih...kita ucap terima kasih kepada orang yang hantar makanan di pusat pemindahan, tetapi siapa pindahkan mereka itu? Kita tidak perasan," katanya kepada pemberita selepas menerima bantuan daripada kerajaan Jepun di Pejabat United Nations Humanitarian Response Depot-UNHRD) di Subang, hari ini.
Oleh itu sebagai menghargai jasa mereka, 'hero-hero' ini akan didaftarkan sebagai Sukarelawan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memberi penghargaan kepada mereka.
"Hero tidak berdendang ini Insya-ALLAH, kita akan cuba daftarkan mereka di bawah sukarelawan MKN.
"... mereka-mereka ini akan dikenalpasti, kita beri semangat kepada mereka," katanya.

0 Response to "'Terima kasih wira tak didendang, jasamu dikenang'"
Post a Comment