JPJ kena CHECKMATE!
Saksi sudah munculkan diri. Saksi juga telah membuat laporan polis. Saksi kejadian nampak depan mata insiden kejar mengejar yang telah berlaku antara kenderaan milik JPJ dan pemandu proton Perdana yang bertembung dengan kancil dan menyebabkan 4 sekeluarga maut. JPJ siap bunyikan lagi siren ketika insiden berlaku. Memang la orang alert sedang berlaku sesuatu di atas jalanraya.
Untuk rekod. Pemandu proton Perdana tiada mengalami kecederaan yang seriyus. Begitu juga dengan kakitangan JPJ yang mengejar pemandu tersebut. Yang mengejar dan yang dikejar terselamat, manakala yang tidak terbabit dalam insiden kejar mengejar itu pula menjadi mangsa kejadian kemalangan di jalanraya. Betul ke pengarah JPJ ingin mengurangkan kemalangan maut di atas jalanraya? Seriyus?
Semalam. Ini yang viral di laman sosial. JPJ telah membuat laporan polis ke atas Astro Awani atas alasan Awani menerbitkan maklumat palsu yang menjejaskan reputasi dan intergriti agensi tersebut.
Meskipun dengan penafian tersebut, JPJ tetap dikritik pengguna media sosial. Bagi mereka, mereka lebih mempercayai kredibliti dan reputasi ASTRO AWANI berbanding JPJ itu sendiri. Tambahan pula, JPJ di anggap sebagai agensi kerajaan yang paling dibenci oleh rakyat Malaysia tanpa kira idelogi politisma.
JPJ dipetik berkata bahawa mereka tiba di lokasi kemalangan dan turun membantu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan. Dan menafikan laporan yang diterbitkan oleh Awani. Katanya laporan tersebut adalah tidak sahih sedangkan bukan setakat saksi kejadian tampil memberikan kenyataan di balai polis menafikan kenyataan JPJ bahkan pemandu proton Perdana juga mengesahkan bahawa dia lari dari JPJ dan ya kenderaan JPJ kejar dia atas jalanraya.
Nah. Kau dah kantoi la woi JPJ!
Jika kita baca berita yang diterbitkan oleh Awani ialah jelas menunjukkan bahawa ;
1. Kenderaan yang diburu oleh JPJ bertembung dengan Kancil.
2. Bukan la Awani kata JPJ bersalah dalam keterangan ayat tersebut.
3. Hanya memberitahu bahawa kenderaan yang diburu oleh JPJ telah menyebabkan keluarga lain menjadi korban jalanraya tak pasal-pasal.
Yakni. Kenderaan yang lari dari JPJ itulah yang dipersalahkan (menerusi pemberitaan Awani) kerana lari dari JPJ. Kalau tak buat salah even buat salah sekalipun tak perlu lari. Berhadapan aje untuk uruskan masalah. Lari kalau tak menyusahkan orang takpe. Ini lari sehingga menyebabkan orang lain menjadi mangsa. Apa ke logiknya berbuat begitu? Nak selamatkan duit dari di saman sampai pertaruhkan nyawa orang lain atau keselamatan pengguna jalanraya yang lain? Berbaloi ke? Wajar ke? Bernilai sangat ke duit kau berbanding nyawa orang?
Berbalik kepada tujuan artikel, aku bukan nak menyalahkan JPJ dalam insiden kerja mengejar tersebut. Aku tatau SOP JPJ. Cuma yang aku persoalkan, kenapa JPJ perlu nafi wujudnya insiden kejar mengejar tersebut? Adakah ia melanggar SOP JPJ? Bila JPJ menafikan insiden tersebut tidak kah JPJ sedar secara tidak langsung JPJ membantu pemandu proton Perdana yang menyebabkan kancil 4 sekeluarga maut?
Mengaku saja bahawa JPJ memang kejar proton Perdana. Pemandu berusia 22 tahun yang membawa PERDANA itu akhirnya bertembung dengan kancil dan kancil itu pula dihentam dari belakang oleh PREVE sekaligus menyebabkan 4 perempuan dalam kancil itu maut.
Saima Wahab 77 tahun
Ida Dollah 46 tahun
Siti Rohana 23 tahun
Siti Rohani 18 tahun
Mereka ini ibu seseorang, isteri seseorang, anak seseorang dan ahli keluarga seseorang.
JPJ patut menuntut bela di atas apa yang terjadi kepada keluarga tersebut. Jangan la buat citer tipu sana tipu sini. Cakap je terus terang apa yang terjadi sebab masyarakat bukan bodoh. Mereka akan menyalahkan PERDANA meskipun SOP JPJ akan dipertikaikan.
Bab SOP itu kita perbaiki. Kita terima kritikan dengan terbuka dan kita perbaiki.
Tapi bab 4 sekeluarga yang maut ini perlu kita tuntut bela. Apa yang si pemandu PERDANA itu fikirkan agaknya bila dia lari dari JPJ dan akhirnya menyebabkan 4 perempuan lain maut akibat kemalangan. Aku rasa dia menyesal sebab itu dia tampil membuat laporan selepas kemalangan berlaku.
Tapi menyesal pun tak guna. Bukan boleh hidupkan nyawa orang yang dah mati.
Nyawa cuma ada satu aje. Bila dah ditarik, takde sesiapa boleh ganti. Bagi aku. Kerajaan perlu pastikan pemandu PROTON PERDANA itu bertanggungjawab atas perbuatannya. Tak bunuh orang guna pisau, tak bunuh orang guna bom, tak bunuh orang guna pistol cuma hentam kereta orang dan orang yang berada dalam kereta itu tersepit dan sekaligus maut kesan dari hentaman kenderaan kita itu juga dianggap sebagai pembunuhan.
Sudah sampai masanya untuk kerajaan menghukum pembunuh yang membunuh menggunakan kenderaan di atas jalanraya dengan tindakan yang tegas.
Di saat rakyat bergaduh menyalahkan JPJ sebahagiannya, mempersoalkan SOP JPJ sebahagiannya, menyalahkan tindakan pemandu yang lari sebahagiannya, siapa pula yang nak mendapatkan pembelaan untuk 4 wanita yang maut dalam kemalangan itu? Mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan di atas jalanraya untuk mewajarkan akibat yang mereka alami.
Fikir-fikirkan.
0 Response to " JPJ Kantoi Menipu - Saksi Kejadian Nampak JPJ Kejar Perdana YG Menyebabkan Kancil Berakhir DGN Kemalangan Maut!"
Post a Comment