Jangan Kaitkan Saya Dengan Kisah Cinta Zizan Dan Emma – Juliana Evans


Sebelum ini pelawak, pengacara dan pelakon Zizan Razak pernah dikaitkan dengan pelakon jelita berdarah kacukan, Juliana Evans. Gosip tentang perhubungan mereka dihangatkan lagi apabila keduanya dilihat mengenakan cincin yang serupa dalam satu majlis hampir tiga tahun lepas. Namun gosip itu dinafikan oleh Juliana.

Apabila Zizan dan kekasihnya Emma Maembong putus seketika sebelum ini, Juliana masih dikaitkan dengan Zizan. Ada yang memberi komen mengharapkan Zizan dan Juliana akan bersama semula.
Malah kami sendiri pernah membaca komen bahawa punca sebenar hubungan Zizan dan Emma putus ialah kerana Emma marah Zizan bertemu dengan Juliana apabila pelakon itu pulang dari melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat.
Sekali lagi melalui Utusan Online, Juliana menafikan dia mempunyai kaitan dengan apa jua yang sedang berlaku antara pasangan itu.
Ya, saya akui ada membaca mengenai komen itu. Itu sekadar pandangan dan pendapat peminat. Secara kebetulan, sekembalinya saya ke tanah air dua bulan lalu, tiba-tiba hangat diperkatakan mengenai kisah cinta mereka.
Sebab itulah agaknya peminat mengutarakan pandangan mereka. Bagaimanapun, saya merayu agak jangan membabitkan nama saya dalam hal ini. Sememangnya saya tidak ada kena-mengena.
Malah saya tidak pernah bertemu dengan mereka berdua sebaik pulang ke sini.
Dahulu ketika ada yang berkata mengenai saya dan Zizan, sebenarnya kami tidak pernah bercinta pun. Kami hanya rapat sebagai rakan baik disebabkan keserasian yang terjalin ketika bergandingan dalam beberapa buah filem.
Tidak pernah pun saya mengakui kami sedang bercinta sedangkan gembar-gembur mengenai hal itu disensasikan oleh pihak lain.
Gosip cinta itu lumrah dalam dunia seni. Masalah Zizan dan Emma biarlah mereka selesaikan sendiri dan didoakan agar bertemu jalan penyelesaian yang baik-baik sahaja.



Ish ish ish, kalau langsung tiada apa-apa hubungan cinta sebelum ini bagaimana pula kisah cinta Juliana dan Zizan boleh timbul?
Pelik juga ni, apatah lagi Juliana sendiri memberitahu tidak pernah berjumpa Zizan dan Emma semenjak pulang ke tanah air. Bahaya betul industri hiburan ni kan? Sabar je lah buat Juliana. Diharap selepas ini Juliana tidak akan dikaitkan lagi dengan pasangan Zizan dan Emma yang kini bercinta semula itu. Mari kita hormati permintaannya.
Sumber: BEAUTIFULNARA.

0 Response to "Jangan Kaitkan Saya Dengan Kisah Cinta Zizan Dan Emma – Juliana Evans"

Post a Comment