Jamal Abdillah Sedia Bantu Zamani Rawat Ketagihan



Mungkin kerana pernah merasakan pengalaman yang sama, Datuk Jamal Abdillahmenawarkan diri membantu Zamani untuk keluar daripada masalah ketagihan.
“Zamani boleh hubungi atau berjumpa saya pada bila-bila masa, saya akan kenalkan dia dengan tempat tertentu yang agak tertutup daripada pengetahuan ramai untuk pemulihan (ketagihan dadah),” kata beliau dipetik daripada Harian Metro.
Menurut Jamal, figura Zamani yang dikenali ramai akan membuatkan dia tidak selesa jika berita mengenai lokasi rawatan di pusat pemulihan tertentu sentiasa mendapat perhatian.
“Saya sanggup bantu Zamani. Saya ada kenal beberapa pihak yang menawarkan rawatan ketagihan dadah dan ia semuanya dibuat di lokasi agak tertutup,” tambah Jamal lagi.
Zamani sebelum ini ditahan polis dalam serbuan di kediamannya di Taman Keramat, Ampang di sini, tengah malam Rabu lalu di atas kesalahan memiliki dadah sebelum direman namun kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis jam 10 pagi, kelmarin

0 Response to "Jamal Abdillah Sedia Bantu Zamani Rawat Ketagihan"

Post a Comment