Semalam, netizen digemparkan dengan sekeping ga#mbar yang menunjukkan seorang pemandu kenderaan pengangkuatan awam, Nazri bin Dollah, dikenakan saman oleh polis trafik di atas kesalahan menghisap rokok sambil memandu.
Bagaimanapun, muncul pula gambar seorang pemandu kendera#an rasmi (Hak Milik Kerajaan) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) lengkap berpakaian uniform sedang merokok semasa memandu berjaya dirakam oleh orang awam.
Menurut sebuah sumber dari JPJ mengatakan, bagi pemegang PSV dan GDL mem#andu kenderaan perdagangan, teksi dan bas sekolah tidak dibenarkan menghisap rokok. Saman yang dikeluarkan adalah terkandung dalam Tata Kelakuan.
Namun, bagi kenderaan persendirian pula ianya tidak menjadi kesala#han.
Walau bagaimanapun, haruslah diingatkan adalah lebih selamat memandu de#ngan kedua-dua tangan memegang stering kenderaan.
0 Response to "HISAP ROKOK SEMASA MEMANDU DIKENAKAN SAMAN, PEMANDU JPJ HISAP ROKOK TAK APA?"
Post a Comment