PENGOTOR… itu sahaja perkataan yang sesuai untuk menggambarkan keperibadian pengusaha makanan yang langsung tidak menitik beratkan soal kebersihan.
Baru-baru ada tersebarnya di laman sosial perihal gambar seorang lelaki yang sedang memijak-mijak ikan bilis hingga mengejutkan rakyat Malaysia.
Perkara ini sekaligus menimbulkan tanda tanya sama adakah kejadian tersebut berlaku di Malaysia.
Rupa-rupanya menurut seorang sumber gambar pembungkusan ikan bilis tersebut sebenarnya berlaku di negara jiran, Thailand.
Macam tak percaya rasanya melihat proses pembungkusan sekotor ini.
Mana tidaknya, selamba sahaja pekerja lelaki ini memijak makanan tersebut dengan memakai seliparnya.
Inilah yang dinamakan pihak peniaga hanya mementingkan keuntungan dan kesenangan semata-mata tanpa memikirkan kemudaratan kepada orang lain
Begitu pun, nampaknya ramai yang meluahkan kegusaran jika ikan bilis tersebut bakal dieksport ke Malaysia.
Tidak dapat dinafikan, sememangnya banyak barangan dari Thailand di jual di negara ini ekoran negara itu yang begitu hampir dengan negara kita.
Apa yang boleh kita lakukan ialah mengambil langkah berjaga-jaga dengan membasuh ikan bilis yang dibeli sebersih-bersihnya sebelum dikering dan digoreng.
Sekurang-kurangnya langkah ini membantu dalam mencegah kita daripada menjamah makanan yang kotor. Betul tak?
0 Response to "Biar Betul.. Ikan Bilis Dipijak-Pijak Dengan Selipar?"
Post a Comment