Seperti yang semua tahu, malam tadi telah berlabuhnya tirai Juara Lagu 29 dengan menyaksikan lagu yang bergenre hip hop diangkat sebagai juara.
Artikel Berkaitan : ‘Apa Khabar’ Rangkul Gelaran Johan Anugerah Juara Lagu 29 #AJL29
Tahniah kami ucapkan kepada pemenang. Namun, korang perasan tak ada beberapa perkara pelik dan jelik sepanjang AJL29 malam tadi?
Kalau tak, nah baca ni :
Qu Puteh Overshadow AJL29
Kalau korang perasan, berpuluh kali jugalah AG dok sebut-sebut ‘Qu Puteh barulah putih’.Ya, kami tahu Qu puteh merupakan penaja utama AJL29, tapi bila dah banyak kali sebut, annoying pun ada! Siap kena troll lagi dengan pengguna laman sosial. Tak percaya? Tengok ni.
‘Topi’ Aluminium Alyah
Ni lagi satu. Kami tak salahkan pereka fesyen, tetapi adakah Alyah sendiri dah habis fikir ketika membuat keputusan untuk mengenakan topi aluminium ni?Kami rasa, Alyah boleh tampil dengan imej yang lagi menarik kerana lagu yang dibawakan pun amatlah meruntun jiwa. Bila topi jadi perhatian, hilang terus fokus kami!
Stacy & Orang Kampung
Baju dah cantik dan fresh dah. Rasa macam nak makan je donut kat skirt tu. Tapi, yang jeliknya, kami tertanya-tanya mengapa Stacy bawa ‘satu kampung’ dalam persembahannya.Bukan apa, kalau Anugerah Juara Lagu dulu-dulu, yang bawa satu kampung ke pentas biasanya Noraniza Idris je.
Chandelier Berderai
Perasaan kagum mendengar vokal mantap Indah Ruhaila ketika mendendangkan lagi ‘Percayalah’ terhenti apabila kami dikejutkan dengan insiden lampu jatuh.Fuh! Just nice je timing dengan suara Indah. Tapi, bila kami tengok balik di tonton, rasa macam lampu t sengaja dijatuhkan. Gimik persembahan mungkin.
0 Response to "5 Perkara Yang Jelik & Pelik Sekitar Juara Lagu (AJL29)"
Post a Comment